PENGARAH dan pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki menimang cahaya mata hasil perkahwinan keduanya bersama pengurusnya yang dikenali sebagai Marcella pada Ogos lalu.
Menurut Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan berkata, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
“Ada perancangan nak timang cahaya mata.
“Insya-Allah, saya mencuba, tetapi umur saya pun sudah tua,” katanya kepada MH.
Afdlin berkata sedemikian selepas ditemui di sidang akhbar filem Harimau Malaya The Untold Journey di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas kembali bergelar suami sejak dua bulan lalu, Afdlin bersyukur semuanya berjalan dengan lancar
Pada masa sama, isterinya juga turut memberi sokongan penuh selain sangat memahami aktiviti seninya.
“Saya gembira, seronok serta lebih tenang selain makan dan minum kembali terjaga. Saya seronok dengan keadaan sekarang.
“Isteri juga banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya. Kami juga kongsi minat yang sama dan merupakan rakan kongsi untuk bisnes.
“Malah, dia sangat memahami apa yang saya lakukan. Segalanya berjalan lancar” jelasnya.
Ditanya mengapa dia mengambil masa sebulan untuk mendedahkan berita pernikahan, Afdlin menjelaskan dia hanya ingin memberi ruang kepada isteri agar lebih bersedia selain mencari waktu yang sesuai.
“Saya sangat hormat isteri saya. Dia tak kisah kalau nak kongsi mengenai pernikahan kami tetapi saya mencari masa yang sesuai supaya dia okey dan betul-betul bersedia.
“Pada awalnya nak kongsi pada awal Ogos lalu tetapi sudah ada Pilihan Raya Negeri pula, risau ganggu fokus,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Afdlin memberitahu hubungan isterinya dengan anak-anak yang salah seorangnya aktres Mia Sara kini terjalin baik.
Jelasnya, majlis pernikahan juga diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja.
“Dia dengan keluarga saya okey. Anak anak juga okey dengannya termasuk bekas isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah.
“Anak anak beri respons yang baik. Hanya seorang anak saya hadir pada hari pernikahan namun hubungan kami semua tetap baik.
“Majlis pun memang diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada majlis yang besar pun. Kasihan juga dengan isteri saya, tetapi dia okey sahaja dan tiada masalah.
“Majlis diadakan hanya nak beritahu dan menghalalkan sebuah perhubungan, itu sudah cukup bagi saya,” katanya lagi tanpa mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya.
Pada September lalu, Afdlin mendedahkan dirinya sudah menamatkan zaman dudanya dengan Marcella pada Ogos lalu.
Sekadar informasi, Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 namun memutuskan untuk bercerai pada April 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. -Media Hiburan
Media Hiburan
Wed Oct 11 2023
Afdlin Shauki tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki menimang cahaya mata hasil perkahwinan keduanya bersama pengurusnya yang dikenali sebagai Marcella pada Ogos lalu. -Media Hiburan
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
'Saya lebih tenang, makan terjaga selepas kahwin' - Afdlin Shauki berhasrat timang zuriat
Menurut Afdlin, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Sofyank peluk anak Afdlin Shauki?- Netizen terkejut tengok foto Mia Sara
Perkongsian foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Afdlin Shauki dilantik Ahli Lembaga Penasihat DBKL
Pelantikan itu juga memperlihatkan pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan menjadi artis pertama yang memegang jawatan tersebut.
'Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan...' - Afdlin Shauki jawab dakwaan sudah berkahwin
Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
Afdlin Shauki yakin Anwar Ibrahim mampu pulih ekonomi negara
Ujar Afdlin, tidak ada individu seperti Anwar dan disebabkan hal itu, rasa kagum terhadap beliau tidak pernah meluntur.
"Menitik air mata saya ketika itu" - Afdlin Shauki dedah sebab bercerai
Afdlin mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik.